Tuesday, January 23, 2007
Pada tanggal 13hb Januari 2007, saya telah menghadiri sebuah bengkel Calligraffiti di Perpustakaan Kebangsaan. Calligraffiti sebenarnya adalah fusion di antara tulisan khat dan graffiti untuk membentuk sesuatu yang unik. Bengkel ini telah dijalankan oleh anggota-anggota Mediterranean Visual Art Club (MVAC).
Sebelum kami memasuki bilik Imagination di mana bengkel ini diadakan, seorang pemuda bernama Faizal telah menanyakan nama kami setiap satu dan telah menulisnya dalam bahasa Jawi di atas sekeping kertas yang terdapat di dalam sampul surat yang kami dapat. Saya agak terpegun dengan kebolehannya untuk menukar huruf rumi ke huruf jawi dalam sekelip mata. Lagipun, tulisannya agak cantik.
tulisan Jawi yang sungguh cantik.(: AIDA & DINIE!(:
Bengkel ini dimulakan dengan sebuah introduksi kepada gaya tulisan yang berlainan seperi diwani jail, kufic dan naskh. Terdapat sekurang-kurangnya enam gaya tulisan dan setiap satu mempunyai ciri-ciri yang unik. Contohnya, cara tulisan Riq'a kecil dan comel manakala cara tulisan Ta'liq seperti tergantung. Cara tulisan Thuluth pula sering digunakan dalam perhiasan rumah.
Diwani Jali Kufic
Selain itu, kami juga mendapat tahu latar belakang sejak bilakah bahasa Jawi digunakan dan apakah kegunaannya pada masa dahulu. Pada kurun ke-13, pedagang-pedagang Arab menggunakan bahasa Jawi untuk perbualan dan dari situ penggunaan bahasa Jawi bermula. Setahu saya, sebelum penggunaan bahasa Jawi, orang-orang dahulu menggunakan bahasa Pallava dan Kawi.
Selepas itu, dua orang pemuda yang mempunyai gelaran 'Q&A', mengajak kami untuk mencuba calligraffiti. Sebenarnya, nama mereka adalah Qhairul dan Adi. Di dalam sampul surat kami terdapat dua pensel yang telah dilekatkan bersama. Kami terpaksa menulis nama kami dalam bahasa Jawi menggunakan dua batang pensel sekaligus. Bagi seseorang yang tidak tahu langsung tentang kewujudan Calligraffiti, ia agak sukar bagi saya. Namun, Faizal dan Qhairul banyak menolong kami. Walaupun mendapat pertolongan daripada mereka, saya masih terkial-kial untuk menulis nama saya dengan secantiknya. Pendek kata, pelajar-pelajar Akademi Temasek yang lain lebih mahir.
Faizal sedang membantu Atiqah.(:
cuba dan masih mencuba.(:
pertolongan kali kedua! ish ish ish. kami sungguh tak talented! terima kasih qhairul. haha.(:
tulisan ashraf. lebih cantik daripada saya punya.(x
tulisan aida dan warda. err. aiskrim & ya?
Setelah itu, seorang pemuda yang saya lupa namanya, telah mengajar kami bagaimana untuk mereka Calligraffiti menggunakan Adobe Photoshop. Namun, saya berpendapat bahawa ia sungguh membuang masa kerana dia bercakap tanpa henti dan ia tidak praktikal kerana kami tidak dapat mencubanya dan tidak ingat bagaimana untuk melakukannya apabila kami di rumah.
Secara keseluruhan, bengkel ini agak menarik kerana sebelum saya menghadiri bengkel ini, saya tidak tahu pun mengenai kewujudan Calligraffiti dan MVAC. Saya juga beranggapan bahawa bengkel tersebut akan membuat saya tertidur kerana secara ikhlas, saya ini tidak minat dalam bidang seni. Namun, saya salah dan saya rasa bahawa bengkel-bengkel seperti ini harus diadakan lagi kerana ia pasti menarik perhatian remaja-remaja yang minat akan graffiti memandangkan calligraffiti ini merupakan suatu perkara yang unik. Selain itu, saya gembira kerana diberi peluang melakukan satu aktiviti luar kelas bersama pelajar-pelajar Akademi Temasek yang lain. Walaupun saya kerap bersama kawan-kawan saya lain, kami juga dapat berkenalan dengan pelajar-pelajar Akademi Temasek yang lain seperti Denie, Taufik dan Ashraf.(:
tulisan Faizal.(: minahips 'o6/'o7! berfikir, melihat & merasa (susah payah). tujuan kami ke bengkel ini.(: kita-kita yang telah ke bengkel ini!
Pada tanggal 20hb Januari 2007 pula, saya telah menghadiri sebuah seminar mengenai budaya masyarakat Champa di Vietnam. Pada kali ini, seminar ini telah berlangsung di Bilik Possibility. Penceramahnya ialah seorang lelaki bernama Tran Ky-Phuong. Pada masa sekarang, dia merupakan seorang penyelidik di the Vietnam Association of Ethnic Minorities' Culture and Arts.
Seminar ini bermula pada 2.30 petang. Namun, kami terlambat. Lantas itu, kami tidak dapat mendengar apa yang diperkatakan sebelumnya. Secara terus terang, seminar ini sungguh membosankan kerana saya tidak faham apa yang diperbualkan. Memandangkan ia mengenai sejarah, saya bagaikan hendak tertidur. Aida telah menolong saya mengambil nota namun saya beranggapan bahawa ia membuang masa.
possibility room! dimana seminar tersebut berlangsung.
Sepanjang seminar itu, saya sedang berbual-bual dengan Atiqah, Nadh dan Aida dan memain permainan perlumbaan di telefon bimbit saya. Pelajar-pelajar lelaki Akademi Temasek Tahun 1 pula sedang asyik bermain dengan komputer riba mereka yang baru. Sungguh berlagak! Namun, saya tidak menafikan bahawa mereka juga mengambil nota pada masa-masa tertentu. Semangat sungguh mereka. Saya agak mereka terpaksa membuat latihan selepas itu. Kasihan. Walaupun saya tahu bahawa ia agak biadab untuk tidak menumpukan perhatian kepada seminar tersebut, saya rasa bahawa ia bukan salah saya bahawa ia membosankan dan saya mempunyai daya perhatian yang pendek.
Namun, selepas seminar itu berakhir, penceramah itu membenarkan kami untuk mengambil 'powerpoint presentation' nya. Kami juga telah mengambil gambar bersamanya sebagai bukti bahawa kami betul-betul hadir untuk seminar tersebut.
Selepas itu, kami ber-enam telah pergi ke tingkat sepuluh untuk melihat pameran 'Aksara: Menjejaki Tulisan Melayu'. Namun, sebaik sahaja kami melangkah masuk, seorang pengawal keselamatan telah memberitahu kami bahawa kami tidak dibenarkan mengambil gambar. Dengan hati yang sedih, kami pun terpaksa melangkah keluar kerana kami betul-betul ingin mengambil gambar di pameran tersebut.
Tuntasnya, ia merupakan suatu pengalaman yang menyeronokkan. Kami dapat menghadiri sebuah bengkel dan sebuah seminar agar kami dapat mendalamkan pengetahuan kami mengenai sejarah Melayu. Sejarah Melayu tidak semestinya membosankan dan kita tidak boleh memberikan definisi Melayu yang tepat kerana Melayu itu suatu bahasa dan agak sukar bagi kami untuk memanggil seseorang itu seorang Melayu tulen..
saya, aida, atiqah, izyan & nadh telah ke banquet sebelum seminar tersebut. lihat pinggan-pinggan yang sudah kosong! kami laparlah.(:
kami yang telah hadir untuk seminar tersebut!(: bersama penceramah tersebut.
kes kegilaan akibat kebosanan 1.
kes kegilaan akibat kebosanan 2!
kes kegilaan akibat kebosanan 3! DAN kita matang okay!
I save the planet with my hands
2:57 AM
>>>
Sunday, December 31, 2006
Pada tanggal 26hb November 2006, saya dan murid-murid Akademi Temasek yang lain telah pergi menonton Puteri Gunung Ledang the Musical di Esplanade. Ia merupakan kali pertama saya pergi menonton sebuah muzikal di panggung teater Esplanade. Sebelum itu, kami sempat mengambil beberapa gambar di luar Esplanade. Suasana pada waktu senja sungguh menakjubkan.(:
Sebelum muzikal tersebut bermula, saya beranggapan bahawa ia akan menjadi sebuah persembahan yang membosankan. Maklumlah, apa sahaja yang berkaitan dengan bahasa Melayu, saya berfikir bahawa ia membosankan. Selain itu juga, jalan ceritanya berdasarkan sebuah lagenda Melayu. Namun, tanggapan saya salah.
Saya menjadi begitu tertarik dengan cara hikayat Melayu ini dipersembahkan. Ia merupakan pertama kali saya menonton sebuah muzikal Melayu dan ia telah membuktikan bahawa apa sahaja yang berkaitan dengan Melayu tidak semestinya membosankan. Tidak seperti cerita layarnya yang meleret dan membosankan, muzikal ini berjaya membuat orang menumpukan perhatian sepanjang pementasannya. Lagu-lagunya sungguh syahdu. Bahasa yang digunakan merupakan puisi yang dikarang cukup bunga. Lakonan pelakon-pelakonnya sungguh hebat. Props yang digunakan juga sungguh kreatif. Jika dibandingkan dengan cerita layarnya, watak-watak yang telah dilakonkan lebih realistik dan tidak mengandungi unsur-unsur ajaib, lebih-lebih lagi watak Puteri Gunung Ledang yang telah dilakonkan oleh Tiara Jacquelina. Saya juga berpendapat bahawa jalan ceritanya lebih straightforward dan tidak meleret. Namun, apa yang tidak diubah ialah watak Hang Tuah tetap ditampilkan sebagai seorang pahlawan yang setia kepada Sultan Mahmud dan tidak ingkar kepada perintahnya. Saya berfikir bahawa jika watak Hang Tuah diubah, mungkin jalan ceritanya akan berlainan dengan lagenda Melayu yang sebenarnya. Ia mungkin akan menjadi lebih dramatik kerana Hang Tuah mungkin akan mengahwini Puteri Gunung Ledang. Jika ini berlaku, ia juga akan mengubah persepsi kita mengenai kehidupan orang dahulu. Jika mulanya kita berfikir bahawa rakyat sungguh taat akan Sultan, mungkin persepsi kita akan berubah kepada orang-orang dahulu mungkin mempunyai kehidupan seperti kita. Tidak endah kepada perintah dan mengikut kata hati sahaja.Ini semua membuat penonton lebih tertarik untuk menonton muzikal Puteri Gunung Ledang kerana ia membuat cerita Puteri Gunung Ledang ibarat sebuah kisah yang benar dan bukan rekaan. Memandangkan terdapat sesetengah manusia yang percaya bahawa kuasa ajaib itu tidak wujud, muzikal ini seolah-olah memberi satu perjanjian bahawa cerita Puteri Gunung Ledang betul-betul terjadi dan bukan satu rekaan. Dalam era yang moden seperti sekarang, mungkin cara jalan ceritanya lebih sesuai.Tuntasnya, saya berpendapat bahawa muzikal Puteri Gunung Ledang ini merupakan satu cara yang bijak dan tidak membosankan untuk menyampaikan sejarah Melayu kepada orang Melayu agar mereka akan lebih minat untuk mengetahui secara mendalam budaya mereka. Ia juga merupakan satu pengalaman yang sukar dilupakan kerana muzikal ini merupakan satu persembahan yang sungguh bagus.
I save the planet with my hands
1:10 AM
>>>
Friday, September 08, 2006
BINGITbeginilah perasaan saya ketika ini. saya ingat ia perkara mudah untuk mencari tentang hang tuah dan pengaruh-pengaruh sultan dalam kehidupan orang melayu pada masa dahulu. namun, ia ternyata tidak. lelaman web ternyata bukanlah satu tempat yang berkesan untuk mencari tentang sejarah melayu. apa yang hendak dicari semua tiada. yang ada hanya sejarah tentang hang tuah. itu pun tidak jelas. ada lelaman web yang menyatakan sebegini dan ada yang sebegitu. sungguh menyakitkan hati! kalau nak cari di perpustakaan pun, beribu buku ada di sana. bukannya senang untuk mencari. lagipun, tidak ada cukup masa. ulangkaji pelajaran untuk peperiksaan akhir tahun belum pun bermula sungguhpun peperiksaan dalam kira-kira tiga minggu lagi. nampaknya akan gagal lah dalam peperiksaan akhir tahun. ):nampaknya terpaksa menggunakan otak dan berfikir. berdasarkan bahan-bahan yang dapat dicari, terpaksa menggunakan otak dan berfikir bagaimanakah pengaruh-pengaruh sultan dalam kehidupan orang melayu pada masa dahulu. harap-harap ia betul.(:
I save the planet with my hands
1:18 AM
>>>
Monday, July 10, 2006
Piala Dunia sudah pun berakhir dengan rasminya pada pagi semalam.(: Italy berjaya menjulang Piala Dunia pada keempat kalinya. Hampa sungguh hati negara Perancis. Hampa juga hati saya. Maklumlah, saya menyokong negara Perancis!Pada pendapat saya, Piala Dunia berjaya mengeratkan silaturrahim antara manusia yang minat akan sukan bola sepak, tidak kira agama, bangsa atau jantina. Piala Dunia merupakan satu perlawanan bola sepak yang gah, yang berlangsung hanya setiap empat tahun. Lantas itu, tidak hairanlah apabila semua peminat bola menjadi ghairah apabila Piala Dunia bermula. Ada peminat tidak lepas pula untuk membeli televisyen plasma khas untuk menonton Piala Dunia! Sungguh lucu melihat gelagat mereka!Kebiasaannya, perlawanan bola sepak ini berlangsung pada waktu pagi. Lantas itu, apabila negara kegemaran mereka menyumbat gol, sorak riang bergema di seluruh rumah. Sungguh kuat sekali suara mereka. Dengan itu, tidak hairanlah jiran tetangga tidak puas hati. Panas sungguh hati mereka! Selain itu, peminat-peminat bola sepak mampu berbelanja ribuan dolar hanya untuk membeli tiket untuk menonton perlawanan-perlawanan ini secara langsung di Germany. Pada pendapat saya, ia hanya membazirkan duit. Namun, pada pendapat peminat-peminat bola sepak, ia merupakan satu peluang keemasan untuk merasakan suasana yang riuh-rendah. Gembira sungguh mereka apabila berjaya mendapat tiket.Malangnya, setiap kali Piala Dunia berlangsung, ada sahaja manusia yang mencari nahas dengan berjudi. Mereka bertaruh ke atas negara-negara yang pada pendapat mereka, dapat membawa keuntungan kepada mereka. Sungguh tidak berhati perut manusia sebegini. Keperluan keluarga tidak terurus hanya kerana mereka ingin berjudi.Lantas itu, saya berpendapat jikalau anda merupakan peminat bola sepak, janganlah berjudi. Haram sungguh berjudi itu! Selain itu, dengan duit yang dibelanja untuk berjudi, ia boleh digunakan untuk lain-lain kegunaan. Sungguh berfaedah jika duit itu digunakan untuk keperluan seharian.Memandangkan Piala Dunia sudah berakhir, semua peminat telah kembali bekerja seperti biasa. Sungguh bosan kehidupan manusia tanpa acara yang gah seperti Piala Dunia!
I save the planet with my hands
5:05 AM
>>>
Sunday, June 11, 2006
Pesta Matariki
Sebelum ini, kita telah membincangkan tentang sebuah pesta yang diadakan di Sydney, Australia iaitu Mardi Gras. Sekarang pula, kita akan lihat satu acara yang disambut di New Zealand.
Pesta Matariki disambut untuk menandakan satu tahun yang baru bagi kaum Maori di New Zealand. Matariki sebenarnya adalah segugus bintang yang juga dinamakan Pleiades. Bagi kaum Maori, munculnya Matariki bermakna bermulanya satu tahun yang baru.
bintang-bintang Matariki
Matariki selalunya timbul pada akhir bulan Mei di ufuk yang sama dengan terbitnya matahari. Lalu, sambutan tahun baru bagi kaum Maori akan diadakan sebaik sahaja terlihat anak bulan. Pada masa dahulu, sambutannya akan diadakan selepas padi dituai dan disimpan, dan satu jamuan besar-besaran akan diadakan.
Matariki, mengikut tradisi orang Maori, merupakan satu masa untuk menghubungkan kaum Maori dengan penuaian dan perubahan cuaca. Ia juga merupakan satu masa untuk megiktiraf peristiwa-peristiwa yang telah berlaku pada tahun yang lepas dan untuk menyambut peristiwa-peristiwa yang akan berlaku pada masa hadapan.
Namun, pada masa sekarang, ia merupakan satu masa yang istimewa untuk memberi penghormatan kepada tanah yang dijejak, meraikan tempat yang unik yang kita tinggal dan terus mengongsi kehidupan antara satu sama lain.
Gugusan bintang tersebut merupakan satu petanda bagi kaum Maori. Jika penglihatannya jelas, ia bermaksud bahawa tahun berikutnya merupakan tahun yang produktif. Namun, jika ia kabur dan tidak jelas pula, ia bermaksud bahawa tahun yang akan datang adalah tahun yang sejuk dan mempunyai banyak cabaran.
Gugusan bintang ini boleh dilihat di seluruh dunia dan di Greece, beberapa kuil menghadap langsung ke arah Pleiades. Begitu juga dengan Stonehenge di England.
Pesta Matariki ini disambut dengan adanya permainan yang merupakan satu seni kenikmatan bagi mereka, dan juga aktiviti-aktiviti yang menggembirakan seperti pesta besar-besaran dan yang paling penting sekali, pesta layang-layang.
Kaum Maori purbakala merupakan pakar dalam membuat layang-layang. Layang-layang dibuat dalam beraneka bentuk dan saiz dan dihias secantik mungkin. Kebanyakan layang-layang dibuat daripada toe toe, sejenis rumput, dan manuka, sejenis belukar yang mudah didapati di New Zealand.
Ada layang-layang diterbangkan sebagai satu hiburan dan ada digunakan untuk acara rohaniah. Kanak-kanak dan orang dewasa membuat layang-layang secara suka-suka dan juga untuk menguji kepakaran mereka dalam membuat layang-layang yang tercantik dan terbesar.
Layang-layang yang dibuat juga merupakan satu utusan bagi kaum Maori. Mereka menganggap layang-layang sebagai mempunyai hubungan yang semulajadi dengan tuhan.
Malangnya, pada tahun 1840, sambutan pesta Matariki ini telah ditiadakan apabila tanah mereka dijajah. Tiada lagi sambutan tahun baru dan permainan. Sayangnya, tradisi membuat layang-layang telah ditinggalkan juga pada masa itu. Namun, sambutan ini telah kembali pada tahun 1980-an. Sekali lagi, langit New Zealand telah menjadi tuan rumah untuk layang-layang diterbangkan.
Lantas itu, pesta Matariki ini boleh dianggap sebagai masa yang paling sesuai sekali untuk menerbangkan layang-layang yang telah dibuat.
Walaupun pesta Matariki ini tidak segah pesta Mardi Gras di Australia, ia juga merupakan satu sambutan yang penting bagi kaum Maori memandangkan ia merupakan tandanya tahun baru menjelang. Ia juga dapat merapatkan silaturrahim antara satu sama lain. Dengan adanya nyanyian, tarian dan lain-lain lagi seni pertunjukan, tidak hairanlah bahawa pesta ini disambut di seluruh New Zealand. Penonton dan pelancong yang hadir untuk menonton perayaan ini pasti gembira akan suasananya! Suasana yang riang dan penuh dengan suka ria sungguh berjangkit!
Dengan itu, dua perayaan telah dikongsi bersama. Kedua-dua perayaan ini mempunyai sambutan unik yang tersendiri. Pasti terhibur!
Persembahan dan nyayian
Pertunjukan Bunga Api
I save the planet with my hands
5:39 AM
>>>
Ingatkah anda bahawa pada tanggal 14hb April, sekolah kita telah menyambut Mardi Gras dengan pelbagai persembahan dan pertunjukan? Ramai yang telah hadir dengan berpakaian yang berwarna-warni dan semangat untuk berpesta.
Di Australia juga menyambut Mardi Gras! Sydney Gay and Lesbian Mardi Gras adalah satu sambutan yang diadakan tiap-tiap tahun sebagai satu refleksi kehidupan homoseksual di Sydney, Australia. Ia adalah salah satu sambutan yang terbesar di dunia.
Walaupun Mardi Gras sebenarnya adalah pada hari Selasa, sambutannya tidak berlangsung pada hari Selasa langsung. Jika diterjemahkan perkataan Mardi Gras, ia sebenarnya bermaksud Fat Tuesday dalam bahasa Perancis.
Ia bermula pada 24hb Jun 1978 apabila sekumpulan orang telah berarak di Oxford Street sebagai satu tunjuk perasan dan untuk menghormati peristiwa Stonewall Riots. Malangnya, ia telah menyebabkan pertempuran dengan pegawai polis. Ramai orang telah ditangkap dan nama-nama mereka dikeluarkan di suratkhabar. Mereka hilang pekerjaan mereka kerana homoseksualiti merupakan satu jenayah di New South Wales sehingga tahun 1982.
Sambutan ini diadakan lagi pada tahun 1979 dan namanya telah ditukarkan kepada Sydney Gay Mardi Gras. Sebuah pesta joget sebelum perarakan diperkenalkan pada tahun 1980 dan pada tahun 1981, tarikh perarakan tersebut ditukarkan pada bulan Februari. Selain jumlah peserta yang mengambil bahagian dalam perarakan tersebut meningkat, lebih ramai orang juga hadir untuk menonton perarakan tersebut. Pada tahun 1988, sambutan tersebut bertukar nama sekali lagi kepada Gay and Lesbian Mardi Gras.
Perarakan tersebut menunjukkan masyarakat homoseksual di sana yang gemar akan pakaian yang berwarna-warni dan lagu rancak. Memandangkan homoseksualiti mula diterima di kalangan masyarakat sekarang, lebih banyak wakil homoseksual daripada kumpulan masyarakat telah mengambil bahagian dalam perarakan ini, termasuklah pegawai-pegawai polis.
Sambutan ini telah lama menarik perhatian parti pembangkang yang tidak setuju sambutan ini diadakan. Mereka kebanyakannya datang daripada masyarakat Kristian yang konservatif. Setiap tahun sambutan ini diadakan, parti pembangkang ini akan berdoa supaya cuaca buruk ketika sambutan ini berlangsung. Namun, dalam cuaca yang buruk pun, sambutan ini tetap diteruskan. Ini sekaligus menonjolkan semangat yang tinggi untuk mengadakan sambutan ini.
Acara ini mendapat kritikan yang paling teruk sekali ketika berlakunya krisis penyakit AIDS dan mencapai kemuncaknya apabila sambutan ini ditunjukkan di televisyen buat pertama kalinya pada tahun 1994.
Pada masa sekarang, penduduk Sydney telah menganggap sambutan Mardi Gras sebagai sesuatu yang penting dan rancak dalam kehidupan mereka. Mardi Gras sekarang disambut empat minggu lamanya pada bulan Februari dan Mac setiap tahun. Ia menonjolkan banyak pesta seni, acara sosial dan yang penting sekali perarakannya.
Mungkin kerana sambutannya yang rancak dan suasananya yang penuh dengan kegembiraan, pesta ini disambut di serata dunia. Penonton-penonton yang datang ke Australia hanya untuk menonton sambutan ini kagum dengan pakaian-pakaian yang berwarna-warni yang dipakai oleh peserta-peserta dan lagu rancak yang dimainkan.
Warna ungu, hijau dan emas merupakan warna-warna yang menghiasi sambutan Mardi Gras ini. Warna-warna ini dipilih kerana mempunyai makna mereka tersendiri. Warna ungu melambangkan keadilan, warna hijau melambangkan keyakinan dan warna emas melambangkan kekuasaan.
Pameran-pameran, pertunjukan drama, sastera dan seni diselitkan dalam sambutan Mardi Gras ini, melambangkan kehidupan homoseksual yang suka ria. Ia berakhir dengan suatu perarakan dan suatu pesta besar-besaran. Perarakannya merupakan acara yang paling ingin ditonton oleh ramai.
Perarakan
Pakaian yang berwarna-warni!(:
I save the planet with my hands
4:07 AM
>>>
Monday, May 22, 2006
keindahan kehidupanrasanya seperti sudah lama tidak menulis dalam blog ini. lagipun, siapa yang hendak membaca blog melayuku ini? semakin lama, semakin karat pula bahasa melayuku ini. haha.masa pantas meninggalkan kita. masa tidak pernah menunggu manusia. namun, manusia tidak pernah bijak menggunakan masa untuk melakukan perkara-perkara yang berfaedah. lihat sahaja di sekolah. mentang-mentang minggu ini minggu electives, ramai yang beranggapan bahawa inilah masanya untuk bergurau senda dan jauh meninggalkan kerja rumah yang bertimbun-timbun. apabila tiba masanya untuk menghantar kerja rumah, semua panik dan lantas, melakukan kerja rumah dengan sembarangan sahaja. ish ish ish. ini tidak patut berlaku.sukar untuk percaya bahawa ini adalah minggu terakhir semester satu. cepat masa berlalu. dalam masa kira-kira lima bulan ini, banyak telah berlaku dalam kehidupanku ini. pelajaran di sekolah masih tetap membingungkanku. lebih-lebih lagi matapelajaran matematik. sungguh memeningkan. namun, aku sudah belajar untuk menyesuaikan diri dengan pelajaran dan suasana di sekolah ini. ia membuat kehidupanku di maktab rendah temasek lebih mudah untuk ditelan. suka-duka yang aku alami lebih mudah untuk ditempuhi. pada mulanya, aku sering merungut kerana aku tidak suka dengan suasana di sekolahku ini.aku bertekad untuk cuba menaikkan markahku, lebih-lebih lagi matapelajaran matematik. pada pendapatku, cuti bulan jun ini rasanya bukan cuti untukku. masa akan diluangkan untuk mengulangkaji pelajaran. namun, aku perlukan bantuan dalam pelajaranku. sesiapa?
I save the planet with my hands
5:33 PM
>>>