Friday, February 24, 2006
Setiap kali abangku membawa balik yearbook sekolah VS, tentu sahaja aku tidak sabar untuk mencari muka-muka yang aku kenal. Aku menjumpa muka Khalaf, Abang Dinie, Khairul Anwar, Irsyaad dan lain-lain lagi. Namun aku tidak dapat melihat muka Izzat kerana dia tidak hadir pada hari tersebut. Sungguh menyedihkan.
Berbual tentang Abang Dinie, sudah lama aku tidak berbual dengannya. Pada waktu sekarang, dia sering sibuk. Tentulah, dia kan sedang cuba untuk menyesuaikan diri di Maktab Rendah Yishun. Sebenarnya, dia bukan abang kandungku yang betul. Aku memanggilnya 'abang' kerana dia lebih tua dariku dan aku agak rapat dengannya. Maklumlah, abang kandungku sering sibuk dengan halnya sendiri. Tiada masa untukku. Sebab itulah aku mengadu nasibku kepadanya.
Khalaf pula, sedang menyesuaikan dirinya di Maktab Rendah Tampines. Namun, aku mendapat berita bahawa dia ingin ke Politeknik Singapura. Bagiku, itu semua pilihannya. Aku tidak akan lagi memaksanya untuk pergi ke maktab rendah. Asalkan dia gembira sudah.
Semalam, aku membuat pilihan untuk pergi ke sesi dikir barat. Pada mulanya, aku tidak mahu pergi kerana ia habis pada pukul tujuh setengah malam. Namun, selepas menyelesaikan semua kerja rumahku, aku menukar fikiran kerana pada pendapatku, ia lebih baik daripada duduk di rumah, kebosanan.
Mula sekali, kita harus "pecah suara". Selepas itu kita menyanyikan lagu "Dyan Yulaiha" dan kemudiannya Bijan mengajar kita karut yengki, kelantan dan patani. Pada pendapat saya, kumpulan perempuan lebih baik daripada kumpulan lelaki. Namun ia tidak adil kerana jumlah budak perempuan lebih banyak daripada jumlah budak lelaki. Aku agak terperanjat bahawa Imran hadir untuk sesi dikir semalam kerana tidak salahku, dia bukan seorang yang suka sangat perkara-perkara yang berkaitan dengan Bahasa Melayu. Rahman tidak hadir semalam. Yang hadir hanya Ridhwan, Mahadhir, Haniff dan yang lain.
Lantas, sesi dikir semalam agak menyeronokkan. Aku sangat minat dengan dikir sejak dahulu. Abangku sering memainkan lagu-lagu dikir di rumah dan dia akan mengajarku gerak-gerinya. Semenjak itu, hatiku sudah terpaut dengan dikir barat. Pada pendapatku, walaupun seseorang itu tidak tahu menyanyi, dia boleh menyertai sebuah kumpulan dikir kerana bagi dikir, seseorang itu bernyanyi secara sekumpulan. Kerana itu, penonton tidak akan tahu sangat salah-silap kita.
Minggu hadapan adalah minggu elektif. Aku agak kecewa kerana tidak mendapat sama elektif dengan yang lain. Namun, mungkin ini adalah satu peluang untukku mengenali lebih ramai orang.
I save the planet with my hands
1:51 AM
>>>