Tuesday, February 21, 2006
Tidak adil rasanya dunia ini. Aku bingit dengan situasi disekelilingku. Di sekolah tidak habis-habis dengan tekanan akademik dan bagi sesetengah orang, tekanan supaya diterima oleh kawan-kawan. Pada pendapatku, kehidupan di TKGS lebih senang. Aku cuma harus menumpukan perhatian dalam bidang pelajaran. Namun, di sini, soal rakan-rakan juga penting kerana ia baru beberapa bulan kami mengenali satu sama lain. Lantas, tekanan supaya rakan-rakan menerimaku dan tidak membenciku sungguh tinggi. Aku bingit. Rasa bagaikan hendak pekik sahaja, untuk meluahkan isi hatiku ini.Sejak kebelakangan ini, aku sering diam. Aku sendiri tidak tahu apa yang sedang berlaku di dalam mindaku ini. Berat rasanya mulut ini untuk menuturkan sesuatu perkataan. Aku lebih suka berseorangan tanpa diganggu sesiapa sahaja. Namun, rakan-rakanku sering bertanyakan tentang perihalku. Aku tidak mahu menerangkan masalah sebenar yang sedang berlaku. Aku lebih suka menyembunyikannya kerana pada pendapatku, ini masalahku. Mereka tidak perlu tahu. Aku baru mengenali mereka. Aku tidak mahu mereka mengongsi bebanku. Setakat ini, aku hanya telah meluahkan isi hatiku kepada Sarah. Aku bersyukur kerana mendapat seorang kawan sepertinya. Walaupun sekarang dia berada di Maktab Rendah Victoria, kita tetap masih rapat. Kita sering mengongsi masalah satu sama lain. Selain sebagai seorang kawan, dia seperti seorang kounselor bagiku. Aku betul-betul menghargai persahabatan kita. Walaupun Huda adalah rakan baikku, aku tidak berniat untuk memberitahunya tentang masalahku. Aku rasa kita semakin berjauhan. Kehidupannya di TKGS membuatnya tidak faham dengan masalah yang dihadapiku. Lantas, aku membulatkan fikiran supaya tidak memberitahunya.Aku terbaca sebuah emel yang dihantar ibuku. Ia berkata bahawa salah satu tanda seseorang itu jujur ialah dia merahsiakan ujian yang menimpanya. Adakah itu betul?Buat masa sekarang, mungkin aku akan lupakan sementara sahaja masalahku. Mungkin, rakan-rakanku akan faham apa yang aku sedang jalani sekarang. Insyallah.Aku bingung dengan sikapnya. Tiba-tiba sahaja dia mendiamkan diri, dan menganggap bahawa aku tidak wujud dalam dunia ini. Adakah aku telah melakukan sesuatu untuk menyinggung perasaannya? Maafkan aku seandainya aku telah membuat salah. Walaupun kita berada di sekolah yang sama, aku jarang melihatnya.
I save the planet with my hands
7:49 PM
>>>