takdir abadi.
bintang di langit menghiasi cakerawala
menerangi dunia yang ditenggelami kegelapan
memberi cahaya membantu manusia
menggembirakan lagi hati kecewa sang manusia.
acap kali malam mengganti siang
bintang tetap menerangi malam
hati yang dusta terbuka jua
kisah hati yang dipendam, dipena .
beban yang ditanggung diringankan
kesedihan di hati telah dilenyapkan
rahsia yang terkubur di hati
akhirnya berjaya dicungkil.
selamat datang.
tekan sahaja tanda pangka di kiri untuk "menjelajahi" blog ini.(:
nurul dinie
empatbelastahunplusplusplus
satuharibulanogossembilanbelassembilanpuluhsatu
pelajar maktab rendah temasek
(:
Saturday, March 04, 2006
Aku agak berterima kasih padamu kerana membuatku gembira di kala aku kesedihan. =)) Terima kasih Zul!Pagi tadi, aku pergi ke sekolah untuk sesi tarian. Malangnya, guru tarian kita tidak hadir dan budak-budak JC2 terpaksa mengulangkaji langkah-langkah untuk tarian inang kerana minggu lepas, beberapa orang tidak hadir lantas mereka tidak tahu. Aku agak bosan ketika mereka sedang berlatih kerana aku agak, kita akan mempelajari tarian yang baru.Selepas sesi tarian habis, aku terus pergi ke Bugis untuk berjumpa dengan ibu, adik dan nenekku. Mereka hendak pergi makan di Banquet Raffles Hospital. Lantas, aku terpaksa pergi ke sana kerana aku tidak mempunyai kunci rumah. Setelah habis makan, aku pergi ke Tampines sekejap untuk membeli-belah. Kerana kepenatan, aku pulang ke rumah.Minggu hadapan, aku mempunyai sesi YMC atau Kelab Minda Muda di Wisma Mendaki. Aku tidak sabar kerana sudah lama tidak berjumpa dengan rakan-rakanku. Aku rindu pada yang lain seperti Syikin, Hani, Iffah, Jaye, budak-budak ACSI dan yang lain. =))
I save the planet with my hands
12:56 AM
>>>