takdir abadi.
bintang di langit menghiasi cakerawala
menerangi dunia yang ditenggelami kegelapan
memberi cahaya membantu manusia
menggembirakan lagi hati kecewa sang manusia.
acap kali malam mengganti siang
bintang tetap menerangi malam
hati yang dusta terbuka jua
kisah hati yang dipendam, dipena .
beban yang ditanggung diringankan
kesedihan di hati telah dilenyapkan
rahsia yang terkubur di hati
akhirnya berjaya dicungkil.
selamat datang.
tekan sahaja tanda pangka di kiri untuk "menjelajahi" blog ini.(:
nurul dinie
empatbelastahunplusplusplus
satuharibulanogossembilanbelassembilanpuluhsatu
pelajar maktab rendah temasek
(:
Friday, March 24, 2006
hati kertas ini,meminta diubah menjadi besi.hati kertas ini,mudah terkoyak dengan kata-kata yang perit didengar.hati kertas ini,meraung meminta simpati.hati kertas ini,memaksa mendengar luahannya.pada malam yang indah ini,hati kertas ini,ingin berlari jauh,dari realiti kehidupan.pada malam yang indah ini,hati kertas ini,ingin menghilangkan diri,daripada asyik terseksa.dan begitulah cerita hati kertas tersebut. terseksa dek realiti kehidupan yang kejam.
I save the planet with my hands
4:27 AM
>>>