takdir abadi.
bintang di langit menghiasi cakerawala
menerangi dunia yang ditenggelami kegelapan
memberi cahaya membantu manusia
menggembirakan lagi hati kecewa sang manusia.
acap kali malam mengganti siang
bintang tetap menerangi malam
hati yang dusta terbuka jua
kisah hati yang dipendam, dipena .
beban yang ditanggung diringankan
kesedihan di hati telah dilenyapkan
rahsia yang terkubur di hati
akhirnya berjaya dicungkil.
selamat datang.
tekan sahaja tanda pangka di kiri untuk "menjelajahi" blog ini.(:
nurul dinie
empatbelastahunplusplusplus
satuharibulanogossembilanbelassembilanpuluhsatu
pelajar maktab rendah temasek
(:
Friday, March 31, 2006
ketika naluri membisik rindu,perit terasa di dalam kalbu,siang malam menanggung rindu,rindu dipendam, teringatkanmu.ketika hujan turun dengan lebatnya,ketika lagu asmara berdendang di sekelilingku,air mata menitis berlinangan,tiada sesiapa yang pedulikanku.hati meronta, meraung, memekik,ingin dikenali oleh orang ramai,badan berkata tidak, aku tak mahu,malu dengan keadaanku.okay. sajak ini sungguh merepek. haha. aku tidak tahu mengapa aku masih update blog ini. mungkin untuk suka-suka?aku ingin pekik kegembiraan kerana berjaya merangkul trofi tempat kedua. kemana-mana sahaja aku pergi, mesti sahaja ramai yang menegurku. mengucap tahniah. apatah lagi mereka-mereka yang aku jarang bual dengan. =))
I save the planet with my hands
12:50 AM
>>>