takdir abadi.
bintang di langit menghiasi cakerawala
menerangi dunia yang ditenggelami kegelapan
memberi cahaya membantu manusia
menggembirakan lagi hati kecewa sang manusia.
acap kali malam mengganti siang
bintang tetap menerangi malam
hati yang dusta terbuka jua
kisah hati yang dipendam, dipena .
beban yang ditanggung diringankan
kesedihan di hati telah dilenyapkan
rahsia yang terkubur di hati
akhirnya berjaya dicungkil.
selamat datang.
tekan sahaja tanda pangka di kiri untuk "menjelajahi" blog ini.(:
nurul dinie
empatbelastahunplusplusplus
satuharibulanogossembilanbelassembilanpuluhsatu
pelajar maktab rendah temasek
(:
Monday, March 13, 2006
luka di hati belum tersembuh,pisau diambil mencalar jantung,darah menitis bagai gerimis,pedih dan sakit sukar ditahan.aku ditikam, dicalar,dengan tutur kata dan perbuatanmu,sakitnya terasa sangat,bagai mahsuri disula, kejam.kasihan untuk seorang rakan,lenyap di sisi hati batumu itu,engkau gembira melihatku terseksa,terseksa jiwa dan raga.air mata ini menitis,pedih di hati,bagai racun tersekat di tekak,menyeksa diri perlahan-lahan.apakah salahku,kau sanggup menikam dari belakang,engkau merampas satu-satunya orang yang aku kasihi,engkau mengkhianati diriku.
I save the planet with my hands
3:51 AM
>>>