takdir abadi.
bintang di langit menghiasi cakerawala
menerangi dunia yang ditenggelami kegelapan
memberi cahaya membantu manusia
menggembirakan lagi hati kecewa sang manusia.
acap kali malam mengganti siang
bintang tetap menerangi malam
hati yang dusta terbuka jua
kisah hati yang dipendam, dipena .
beban yang ditanggung diringankan
kesedihan di hati telah dilenyapkan
rahsia yang terkubur di hati
akhirnya berjaya dicungkil.
selamat datang.
tekan sahaja tanda pangka di kiri untuk "menjelajahi" blog ini.(:
nurul dinie
empatbelastahunplusplusplus
satuharibulanogossembilanbelassembilanpuluhsatu
pelajar maktab rendah temasek
(:
Saturday, March 04, 2006
Mood jiwangku sudah kembali. Haha. Aku sendiri tidak tahu mengapa. Lagu-lagu yang aku sedang mainkan semua adalah lagu-lagu jiwang. Tidak kisah lagu melayu ataupun lagu inggeris.Semalam, aku sedang menonton berita di saluran Channel Newsasia. Aku agak terperanjat apabila mendapati bahawa mayat Nurasyura sudah dijumpa di bawah Aljunied Flyover dalam keadaan terlanjang. Mayatnya sudah reput dan mengeluarkan bau bangkai. Aku sungguh kasihan melihat nasib seorang budak perempuan dua tahun yang tidak bersalah. Bapa tirinya disyaki membunuhnya. Apabila aku mendapat tahu tentang berita ini, aku menitiskan air mata kerana aku sungguh sedih. Nurasyura tidak bersalah. Dia baru berumur dua tahun. Belum dapat merasakan detik manis dan pedih kehidupan ini. Marilah kita berdoa supaya rohnya kembali ke pangkuan Tuhan dengan selamat. =))
I save the planet with my hands
7:56 PM
>>>