takdir abadi.
bintang di langit menghiasi cakerawala
menerangi dunia yang ditenggelami kegelapan
memberi cahaya membantu manusia
menggembirakan lagi hati kecewa sang manusia.
acap kali malam mengganti siang
bintang tetap menerangi malam
hati yang dusta terbuka jua
kisah hati yang dipendam, dipena .
beban yang ditanggung diringankan
kesedihan di hati telah dilenyapkan
rahsia yang terkubur di hati
akhirnya berjaya dicungkil.
selamat datang.
tekan sahaja tanda pangka di kiri untuk "menjelajahi" blog ini.(:
nurul dinie
empatbelastahunplusplusplus
satuharibulanogossembilanbelassembilanpuluhsatu
pelajar maktab rendah temasek
(:
Friday, March 10, 2006
sebelum aku dapat bertutur,sebelum aku dapat memahami erti hidup,nyawaku hanyut di dalam bahtera,di ombak yang bergelora penuh dengan hasad dengki.apakah salahku?apakah khilafku?sehingga kau sanggup merampas nyawaku,sebelum aku sempat meminta ampun.di syurga idamanku ini,aku menadahkan kedua tapak tanganku,berdoa kepada tuhan yang maha esa,supaya engkau diampunkan.dendam dan marah,tidak pernah terbuku di hatiku,oh ayahku yang kejam,aku tetap menyayangimu.Aku mendapat ilham menulis sajak ini daripada kes pembunuhan Nurasyura. Walaupun dia sudah lama dikebumikan, perasaan sedih masih menyelubungi orang-orang yang mengenalinya. Bapa tirinya sudah dijatuhkan hukuman sejajar dengan jenayahnya. Namun, pada pendapatku, anak kecil itu tidak akan berdendam dengan ayah tirinya itu. Dia belum tahu apakah realiti kehidupan ini. Dia tidak tahu apakah yang sebenarnya terjadi kepadanya. Mungkin, ibu bapa kandungnya masih mempunyai perasaan marah di dalam hati mereka. Namun, nasi sudah menjadi bubur. Semuanya sudah terjadi. Menangis air mata darah sekalipun, Nurasyura tidak akan kembali ke pangkuan mereka. Dia sekarang berada di sisi tuhan. Lebih baik sahaja mereka memaafkan bapa tirinya itu. Tuhan tidak pernah mengajar kita untuk menyimpan dendam.Kehilangan seorang anggota keluarga amat perit untuk ditanggung. Aku telah kehilangan kedua-dua datukku namun aku tidak pernah kenal erti kehilangan itu dengan sebenarnya. Aku masih seorang anak kecil pada masa itu. Aku tidak pernah kenal erti kasih sayang daripada seorang datuk. Mungkin aku pernah kerana datuk sebelah ibuku meninggal dunia ketika aku berusia lima tahun. Datuk sebelah bapaku pula, aku tidak pernah nampak wajahnya kerana dia meninggal dunia sebelum aku dilahirkan. Memandangkan aku anak perempuan dan cucu kedua mereka, aku tidak pernah mendapat kasih sayang setimpal dengan apa yang didapati oleh abangku. Kadangkala, apabila aku terkenangkannya, aku agak sedih kerana kehidupan ini tidak pernah adil. Namun, lagi aku teringatkannya, lagi aku tidak menyimpan dendam. Aku tidak mahu datukku terseksa di akhirat hanya kerana satu titik hitam di hatiku ini. Biarlah aku menerusi kehidupanku ini tanpa memikirkan tentang perkara yang silam.
I save the planet with my hands
4:55 PM
>>>