Wednesday, March 01, 2006
Sekarang, aku berada di rumah Nadhirah bersama Atiqah. Kami sedang berehat di rumahnya sebelum kami pulang ke sekolah untuk latihan dikir barat yang bermula pada pukul lima setengah petang. Rumah Nadhirah sungguh indah! Atiqah asyik mengambil gambar-gambar kami. Sungguh kelakar.Semalam, kelasku memanjat "adventure tower". Ia sungguh memenatkan. Aku hanya mencuba stesen pertama bersama Nadhirah. Lantas, sekarang aku sedang menyesal kerana tidak dapat mencuba semua stesen. Pada mulanya, bila aku mencuba, aku hampir-hampir putus asa. Namun, Nadhirah, rakan-rakanku dan seniors tidak putus-putus memberi sokongan. Aku sungguh berterima kasih.Sekarang, jika aku diberi lagi satu peluang, aku akan mencuba semuanya. Aku harap aku akan dapat memanjat "adventure tower" lagi!=))
I save the planet with my hands
10:50 PM
>>>