takdir abadi.
bintang di langit menghiasi cakerawala
menerangi dunia yang ditenggelami kegelapan
memberi cahaya membantu manusia
menggembirakan lagi hati kecewa sang manusia.
acap kali malam mengganti siang
bintang tetap menerangi malam
hati yang dusta terbuka jua
kisah hati yang dipendam, dipena .
beban yang ditanggung diringankan
kesedihan di hati telah dilenyapkan
rahsia yang terkubur di hati
akhirnya berjaya dicungkil.
selamat datang.
tekan sahaja tanda pangka di kiri untuk "menjelajahi" blog ini.(:
nurul dinie
empatbelastahunplusplusplus
satuharibulanogossembilanbelassembilanpuluhsatu
pelajar maktab rendah temasek
(:
Tuesday, March 14, 2006
Semalam, aku telah hadir untuk pelancaran Kelab Obor Berita Harian di Sekolah Menengah Bedok View bersama Nadhirah, Warda, Izyan dan Atiqah. Kita diperlukan hadir pada pukul 9.15 pagi. Namun, ia hanya bermula pada pukul sepuluh pagi. Ia sungguh membosankan, menunggu untuk pelancaran itu bermula. Lalu, kami berlima telah pergi ke tandas untuk membuang masa. Tandas sekolah mereka sungguh cantik dan bersih! haha. Namun, pada pendapat saya, tandas sekolah kami juga yang lebih besar dan mempunyai cermin yang panjang! =)Pelancaran itu dimulakan dengan nyanyian lagu Kelab Obor oleh kumpulan Umbara. Lelaki yang menyanyikan lagunya adalah bekas guru tuisyen melayu Nadhirah dan dia sungguh semangat ketika bernyanyi! Dia sungguh melucukan sehingga aku tidak habis-habis ketawa. Lelaki yang bermain guitar kelihatan seperti kawanku, Luqman. Namun, aku tidak rasa itu Luqman.Selepas itu, Kelab Obor dilancar secara rasmi dan tiga orang pelajar lelaki telah menyanyikan sebuah lagu untuk kami. Pelajar lelaki yang paling kecil sekali sungguh lucu dan comel! Suara mereka agak sedap didengar. Namun, mereka agak syiok sendiri. haha. Setelah acara itu sudah berakhir, aku bercadang untuk berjumpa dengan Huda, Azian, Sakina dan Ameera di Long John Silvers di Bedok. Kami telah ke sana untuk makan dan selepas itu kami telah ke Perpustakaan Marine Parade untuk belajar.Pada pendapat saya, semalam merupakan satu hari yang seronok untuk saya. Selain hadir untuk pelancaran tersebut, aku akhirnya dapat berjumpa dengan rakan-rakanku. Kami bertukar cerita. Ada yang kelakar dan ada yang sedih. Aku berharap bahawa kami akan dapat meluangkan masa bersama lagi!=))
I save the planet with my hands
3:40 AM
>>>