takdir abadi.
bintang di langit menghiasi cakerawala
menerangi dunia yang ditenggelami kegelapan
memberi cahaya membantu manusia
menggembirakan lagi hati kecewa sang manusia.
acap kali malam mengganti siang
bintang tetap menerangi malam
hati yang dusta terbuka jua
kisah hati yang dipendam, dipena .
beban yang ditanggung diringankan
kesedihan di hati telah dilenyapkan
rahsia yang terkubur di hati
akhirnya berjaya dicungkil.
selamat datang.
tekan sahaja tanda pangka di kiri untuk "menjelajahi" blog ini.(:
nurul dinie
empatbelastahunplusplusplus
satuharibulanogossembilanbelassembilanpuluhsatu
pelajar maktab rendah temasek
(:
Sunday, April 23, 2006
hatiku berdegup setiap kali teringatkanmu,naluriku membisik rindu setiap kali terbayangkanmu,di sini, cinta mula berbunga,di sini, kasih mula mewangi.dua jiwa mula meresap menjadi satu,merpati putih menjadi saksi cinta kita,kepasrahan mula membuaikan perasaan,dan pintu sayang mula merenggut pintu hati.acap kali terpisah,hati menjadi resah,makan tidak lalu,tidur tidak nyenyak.dua merpati ini,bagaikan isi dengan kuku,jika terpisah,perit di hati tidak tertahan.kisah cinta kita,bagaikan fantasi di alam kayangan,ikatan yang terjalin sekukuh besi,janji yang dimeterai tidak mungkin dilupakan.
I save the planet with my hands
3:56 AM
>>>