Sunday, June 11, 2006
Ingatkah anda bahawa pada tanggal 14hb April, sekolah kita telah menyambut Mardi Gras dengan pelbagai persembahan dan pertunjukan? Ramai yang telah hadir dengan berpakaian yang berwarna-warni dan semangat untuk berpesta.
Di Australia juga menyambut Mardi Gras! Sydney Gay and Lesbian Mardi Gras adalah satu sambutan yang diadakan tiap-tiap tahun sebagai satu refleksi kehidupan homoseksual di Sydney, Australia. Ia adalah salah satu sambutan yang terbesar di dunia.
Walaupun Mardi Gras sebenarnya adalah pada hari Selasa, sambutannya tidak berlangsung pada hari Selasa langsung. Jika diterjemahkan perkataan Mardi Gras, ia sebenarnya bermaksud Fat Tuesday dalam bahasa Perancis.
Ia bermula pada 24hb Jun 1978 apabila sekumpulan orang telah berarak di Oxford Street sebagai satu tunjuk perasan dan untuk menghormati peristiwa Stonewall Riots. Malangnya, ia telah menyebabkan pertempuran dengan pegawai polis. Ramai orang telah ditangkap dan nama-nama mereka dikeluarkan di suratkhabar. Mereka hilang pekerjaan mereka kerana homoseksualiti merupakan satu jenayah di New South Wales sehingga tahun 1982.
Sambutan ini diadakan lagi pada tahun 1979 dan namanya telah ditukarkan kepada Sydney Gay Mardi Gras. Sebuah pesta joget sebelum perarakan diperkenalkan pada tahun 1980 dan pada tahun 1981, tarikh perarakan tersebut ditukarkan pada bulan Februari. Selain jumlah peserta yang mengambil bahagian dalam perarakan tersebut meningkat, lebih ramai orang juga hadir untuk menonton perarakan tersebut. Pada tahun 1988, sambutan tersebut bertukar nama sekali lagi kepada Gay and Lesbian Mardi Gras.
Perarakan tersebut menunjukkan masyarakat homoseksual di sana yang gemar akan pakaian yang berwarna-warni dan lagu rancak. Memandangkan homoseksualiti mula diterima di kalangan masyarakat sekarang, lebih banyak wakil homoseksual daripada kumpulan masyarakat telah mengambil bahagian dalam perarakan ini, termasuklah pegawai-pegawai polis.
Sambutan ini telah lama menarik perhatian parti pembangkang yang tidak setuju sambutan ini diadakan. Mereka kebanyakannya datang daripada masyarakat Kristian yang konservatif. Setiap tahun sambutan ini diadakan, parti pembangkang ini akan berdoa supaya cuaca buruk ketika sambutan ini berlangsung. Namun, dalam cuaca yang buruk pun, sambutan ini tetap diteruskan. Ini sekaligus menonjolkan semangat yang tinggi untuk mengadakan sambutan ini.
Acara ini mendapat kritikan yang paling teruk sekali ketika berlakunya krisis penyakit AIDS dan mencapai kemuncaknya apabila sambutan ini ditunjukkan di televisyen buat pertama kalinya pada tahun 1994.
Pada masa sekarang, penduduk Sydney telah menganggap sambutan Mardi Gras sebagai sesuatu yang penting dan rancak dalam kehidupan mereka. Mardi Gras sekarang disambut empat minggu lamanya pada bulan Februari dan Mac setiap tahun. Ia menonjolkan banyak pesta seni, acara sosial dan yang penting sekali perarakannya.
Mungkin kerana sambutannya yang rancak dan suasananya yang penuh dengan kegembiraan, pesta ini disambut di serata dunia. Penonton-penonton yang datang ke Australia hanya untuk menonton sambutan ini kagum dengan pakaian-pakaian yang berwarna-warni yang dipakai oleh peserta-peserta dan lagu rancak yang dimainkan.
Warna ungu, hijau dan emas merupakan warna-warna yang menghiasi sambutan Mardi Gras ini. Warna-warna ini dipilih kerana mempunyai makna mereka tersendiri. Warna ungu melambangkan keadilan, warna hijau melambangkan keyakinan dan warna emas melambangkan kekuasaan.
Pameran-pameran, pertunjukan drama, sastera dan seni diselitkan dalam sambutan Mardi Gras ini, melambangkan kehidupan homoseksual yang suka ria. Ia berakhir dengan suatu perarakan dan suatu pesta besar-besaran. Perarakannya merupakan acara yang paling ingin ditonton oleh ramai.
Perarakan
Pakaian yang berwarna-warni!(:
I save the planet with my hands
4:07 AM
>>>