takdir abadi.
bintang di langit menghiasi cakerawala
menerangi dunia yang ditenggelami kegelapan
memberi cahaya membantu manusia
menggembirakan lagi hati kecewa sang manusia.
acap kali malam mengganti siang
bintang tetap menerangi malam
hati yang dusta terbuka jua
kisah hati yang dipendam, dipena .
beban yang ditanggung diringankan
kesedihan di hati telah dilenyapkan
rahsia yang terkubur di hati
akhirnya berjaya dicungkil.
selamat datang.
tekan sahaja tanda pangka di kiri untuk "menjelajahi" blog ini.(:
nurul dinie
empatbelastahunplusplusplus
satuharibulanogossembilanbelassembilanpuluhsatu
pelajar maktab rendah temasek
(:
Monday, July 10, 2006
Piala Dunia sudah pun berakhir dengan rasminya pada pagi semalam.(: Italy berjaya menjulang Piala Dunia pada keempat kalinya. Hampa sungguh hati negara Perancis. Hampa juga hati saya. Maklumlah, saya menyokong negara Perancis!Pada pendapat saya, Piala Dunia berjaya mengeratkan silaturrahim antara manusia yang minat akan sukan bola sepak, tidak kira agama, bangsa atau jantina. Piala Dunia merupakan satu perlawanan bola sepak yang gah, yang berlangsung hanya setiap empat tahun. Lantas itu, tidak hairanlah apabila semua peminat bola menjadi ghairah apabila Piala Dunia bermula. Ada peminat tidak lepas pula untuk membeli televisyen plasma khas untuk menonton Piala Dunia! Sungguh lucu melihat gelagat mereka!Kebiasaannya, perlawanan bola sepak ini berlangsung pada waktu pagi. Lantas itu, apabila negara kegemaran mereka menyumbat gol, sorak riang bergema di seluruh rumah. Sungguh kuat sekali suara mereka. Dengan itu, tidak hairanlah jiran tetangga tidak puas hati. Panas sungguh hati mereka! Selain itu, peminat-peminat bola sepak mampu berbelanja ribuan dolar hanya untuk membeli tiket untuk menonton perlawanan-perlawanan ini secara langsung di Germany. Pada pendapat saya, ia hanya membazirkan duit. Namun, pada pendapat peminat-peminat bola sepak, ia merupakan satu peluang keemasan untuk merasakan suasana yang riuh-rendah. Gembira sungguh mereka apabila berjaya mendapat tiket.Malangnya, setiap kali Piala Dunia berlangsung, ada sahaja manusia yang mencari nahas dengan berjudi. Mereka bertaruh ke atas negara-negara yang pada pendapat mereka, dapat membawa keuntungan kepada mereka. Sungguh tidak berhati perut manusia sebegini. Keperluan keluarga tidak terurus hanya kerana mereka ingin berjudi.Lantas itu, saya berpendapat jikalau anda merupakan peminat bola sepak, janganlah berjudi. Haram sungguh berjudi itu! Selain itu, dengan duit yang dibelanja untuk berjudi, ia boleh digunakan untuk lain-lain kegunaan. Sungguh berfaedah jika duit itu digunakan untuk keperluan seharian.Memandangkan Piala Dunia sudah berakhir, semua peminat telah kembali bekerja seperti biasa. Sungguh bosan kehidupan manusia tanpa acara yang gah seperti Piala Dunia!
I save the planet with my hands
5:05 AM
>>>